Salam sejahtera , salam Aidilfitri , walaupon rasanya dah hampir terlewat nak wish kat korang semua , tapi tak kisahlah , lagipun kita masih lagi dalam mood raya kan? haha. Raya kan sebulan.
Hmm. Malam ni aku nak share sikit pengalaman aku berperang ala-ala predator menentang Alien. Hahaha!~ Gempak bukan? Ni la 1st time aku datang ke Laser Warzone , dimana dorang menyediakan permainan Pistol Laser. Haha!~ Macam budak-budak kan bunyinya , tapi believe me , tak rugi korang spend skit duit untuk rasa pengalaman macam ni.
Plan yang tak diduga akhirnya berakhir dengan peperangan diantara pasukan Merah ( Alien ) menentang pasukan Biru ( predator ) di iCity Laser Warzone. Huhu! Meriah gila. Kitaorang sampai je, disambut oleh abang-abang dan akak – akak ensem dan comey lotey tu. Layanan dorang macam, dorang ni dah kenal kita lama. Macam dah member2 zaman sekolah plak. Otak mereng macam kitaorang ( mungkin banyak kali kena laser kot ). Haha. Lepas berborak sakan , baru lah kitaorang decide nak masuk . 8 orang yang join game kali ni. Walaupon sorang kami tarikh masuk . Hahaahaha.
Lepas buat payment , kami pon dibawa masuk ke bilik Briefing, dah macam perang betul. Dalam bilik tu , ada patung yang pakai vest perang + LCD besar. Pastu briefing pon bermula dengan menerangkan bagaimana nak setup Pistol Laser dan Baju. After that dorang terangkan tentang rules. Rules dia takde la straigh mana kan, lagipon bukan nye perang betul. Just dorang ingatkan , jangan lari laju sangat takot bertembong. Miahahaha. Cuba bayangkan Alien bertembung ngan Predator? kahahahahaha…
Selepas sesi brieffing tamat , kami dibawa masuk ke bilik Armory dimana baju-baju pejuang diletakkan disitu. Time ni kami dah berkobar-kobar nak berperang. Aku pulak dah start senteng seluar ( bujet perang kat dalam hutan jaa kan? ) . haha! Kami pon pakai la armory yang diberi. Nama samaran gua Inferno. Style gak?? Hahaha.
Masa ni dalam bilik Armory , ngah bersiap2 nak beperang. huhu!
Selepas semua dah siap , kami pon masuk la kedalam bilik gelap. Hanya kilauan lampu-lampu je yang kitaorang nampak. Tugasan kali ini , ialah menembak pihak lawan sebanyak mungkin dan mendapatkan score tertinggi untuk dibanggakan kelak. Miahahaha..
Gambar dalam bilik peperangan
Selepas tamat perlawanan selama 10 minit ( penat woa 10 minit ) , kami pon keluar. Huru hara kejap dunia ni woa. Masing-masing tengok Score yang dorang dapat.
Yeah Aku dapat No !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ENAM! maiahahahahahaha.
Walau pon begitu, aku la penembak paling tepat tau. Accuracy aku paling tinggi.
Semua keluar ngan hati yang gembira . >.<!
Akhirnya ,group aku yang menang . Kalah dok kena shot kat kepala tu haa!~ Walaupon kalah, muka masih senyummm.. >..<!~
ok pada sesiapa yang rasa nak main tu , aku cadangkan korang gi link ni. Dapat harga murah skit .
RM 15 Normal Rate .
Now RM 9 only at Groupon
CLICK NOW!~
No comments:
Post a Comment
Komen dengan penuh hemah ya ...