سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Saturday, May 2, 2009

Biodata baru kat myspace :)

just tuka sedikit kat myspace. take a look :) 

blog update

Perasan tak background myspace aku pon dah tuka. For me sangat menarik la background yang aku guna dis time.  Ada unsur kesenian yang amat mendalam bgi aku. Lagi pon aku suke hitam putih. Kata orang , manusia yang tiada perasaan je suka warna hitam putih..haha ! maksudnya aku tade perasaan la yer? Tongue 

Dan kalau korang perasan , banyak gambar kamera digital slr kat dalam page aku tu. Walaupon aku tade Dslr tu , tapi tape lar. Sekadar tgk pon jadi la.huhu~ Tengah collect duit ni nak angkat Sony Alpha 300. Ya allah makbulkan hajatku ini. Amin.huhu~

Cakap pasal kamera plak , kenapa orang selalu persoalkan aku mcm ni ek?

“ shafiq , aku tengok kau lebih interesting kat PC , Kamera , It tapi macam mana ko boleh masuk bidang dapur plak ni? ”

Soalan ni selalu orang tanye kat aku. Tak pun macam ni.

“ Shafiq aku tengok ko ada bakat dalam edit mengedit gambar ni , tapi macam mana ko bleh termasuk DSKU, kenapa tak masuk Multimedia ke apa ker? ”

pErghhh~ kadang-kadang aku rimas dengan soalan-soalan macam ni.

ok lets me explain. Benda-benda yang aku minat as PC , Kamera , IT tu sma hobby aku. Senang cerita , aku tak yakin yang bidang tu leh bawak aku jaoh nanti. Sebab aku tak suka bersaing dengan orang.Pastu nak bersaing dalam bidang yang tak tentu nasibnya di masa hadapan. Belom tentu orang guna komputer masa hadapan.Tah2 dah guna benda alah lain. So sapa yang belajar Multimedia or wat else tu dah nak kena study benda baru. Perggh~

So aku buat keputusan , ambik course Culinary Arts dan lepas grad degree nanti, aku nak buat Kathering sendiri. Pastu kalau maju , insyallah nak ada syarikat event order mcm Chef aku tu.Aku yakin industry aku takkan pupus ditelan zaman. Hidup SCHA!~ Laughing

Hari ini aku ada kursus Bussiness Communication kat kolej. So aku terpaksa melepaskan peluang aku untuk pergi ke Johor bersama-sama family. Dan malam ni aku dok kat mah sorang-sorang menulis blog. Sungguh Bosan. Bosan.~Time out

Kursus tadi tu aku tak tao la kenapa aku lihat macam banyak cacat celanya. Mungkin disebabkan student yang tak berikan perhatian ataupun penceramah tu tak pakai microphone. So student malas nak ambik tau, bila mereka tak dengar apa yang penceramah tu cakap.Makanye dorang wat derk je la kan kat blakang.

And lagi satu , dari pandangan aku , si penceramah tu tuka slideslow terlalu laju lar. Aku tak sempat nak salin. Lama-lama aku terus tak salin. Aku tgk kiri kanan, semua tak salin. Tidur ada lah.haha~ adoyai. Dah la tutup lampu. Lagi best la nak tido ann.hehe.

Tapi aku naik kesian jugak kat penceramah tu, macam tade respon pulak dari pelajar. Sian dia. Aku pon terus la berpura-pura buat dgr. Padahal dah banyak kali nguap ni. Crying Semoga dorang dapat perbaiki lagi kursus mcm tu.

 

Doa sebelum melabuhkan tirai hari ni. Ya ALLAH , murahkan rezeki ku , permudahkan aku untuk mencapai apa yang aku mahu . AMIN ya rabbalallamin.

---------------

Widgets

----------------

1 comment:

  1. rindu pulak nak tengok MS lama awk..

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...