سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Thursday, June 17, 2010

Kitchen Pastry Awesome – Pizza

Assalammualaikum w.b.t , pada hari ini iaitu minggu kedua bagi mata pelajaran pastry di kelas teori, Chef Adli memulakan kelas dengan membuat kuiz buat pelajar pelajar nya dengan bertanya soalan tentang apa yang kami belajar pada minggu lepas. Secara tidak langsung , ianya dapat membuat saya mengimbas kembali apa yang saya sudah pelajari pada minggu lepas.

Selepas habis sesi bertanya soalan , Chef Adli meneruskan kelasnya dengan memberi resepi pizza iaitu menu yang akan kami buat di kelas praktikal nanti. Ketika kelas praktikal nanti , kami diarahkan untuk membuat dua jenis pizza iaitu Thin Crushed ( lebih kurang seperti Domino ) dan juga Thick Crush ( lebih kurang seperti Pizza Hut ).

 

Cara-cara penyediaannya lebih kurang seperti membuat soft bun dan frech loaf pada minggu lepas, cuma terdapat sedikit tambahan bahan untuk menjadikan pizza lebih sedap . Thin Crushed , cara pembuatannya lebih kurang seperti French Loaf , hanya menambah oregano dan Maltose.

Selain itu juga , pada kelas Chef Adli kali ini , dia mengajar bagaimana untuk membuat Tomato Paste sebagai topping di atas pizza dought. Selain Tomato Paste, Mushroom paste juga boleh digunakan sebagai topping mengikut citarasa sendiri.

Chef Adli juga melakar setiap langkah-langkah untuk membuat pizza supaya pelajar nya dapat mengambarkan situasi sebenar untuk membuat pizza. Ianya memudahkan saya dan pelajar lain memahami cara membuat pizza.

Sebelum kelas diakhiri , Chef Adli memberi sedikit taklimat tentang Annual Dinner yang akan diadakan pada bulan lapan nanti. Sekian Terima kasih

 

Yang Benar ,

Shafiq Hashim

---------------

Widgets

----------------

6 comments:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...