سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Tuesday, March 2, 2010

Boss Gersang

Tajuk Asal :- Mangsa Majikan Rakus
Dipetik dari myMetro :- K l i k  S i n i



SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.

Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.



Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.

Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.

Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.

Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.

Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.

Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

Mangsa Bos
Masai, Johor




Macam ni la ye cik gadis 20 tahun ,

Pada pendapat aku la kan, kau patut pergi buat report la cik kak. Takkan kau nak biarkan bos kau buat benda yang sama kat staff - staff perempuan yang lain kat situ. Tak guna kau dapat duit dia , tapi maruah tergadai. Kau buat je report kat balai polis . Tapi senyap - senyap la. Nanti pandai - pandai la polis berkas boss kau ngan Kak Intan yang celaka gila tu.  

Ni just pendapat 20 sen aku , mungkin ada kat luar sana nak bagi cadangkan. Kot - kot cik kak tu terbaca blog aku kan?? ( hehe.. ) atleast nanti dia terbaca , dia dapat la idea nak buat apa kan. Cik Kak , sebelum terjadi apa- apa yang lebih teruk ,sebaik  baiknya amik tindakan yang sepatutnya. 


                                                         Video OF The Day



Macam mana lah dorang boleh buat cam ni kan??? Hebat hebat :)



---------------

Widgets

----------------

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. huh.
    ade perempuan yg menjatuhkan perempuan.
    tak guna.
    siyes geram.

    ReplyDelete
  3. kalau x berani report polis, tangkap la pulak gambar bogel kak intan tu...

    ReplyDelete
  4. huhuuhh ntahla..macam2 situasi n cete skg ni..buat ape yg tbek tu yg pntg=)

    ReplyDelete
  5. ade jugak pmpn yg bt pmpn laen cmtu kn..dasar.............

    ReplyDelete
  6. kalau aku jd pompuan tuh,aku upah ja bonzer suruh tibai barua tuh..pastuh snap pic dia plak n ugut balik..haha

    ReplyDelete
  7. The best thing is kalau dia just be honest. Just bagi tau jer tunang dia tu. Mana tau tunang dia tu blh terima or help her with this issue kan ?
    And bila dah gtau kat tunang, just write-up a polis report. Or report jer kat Jais psal dorang staying together tu.

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...