سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, August 21, 2009

Ramadhan bakal tiba sebentar lagi.

Apabila azan magrib berkumandang, tibalah bulan baru iaitu bulan ramadhan di mana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa . Alhamdulillah , allah swt itu memberikan sekali lagi bulan yang penuh kenikmatan kepada kita. Kita patut rasa bertuah kerana dapat merasai lagi suasana ramadhan pada tahun ini. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan ibadah pada bulan yang penuh mulia ini.

Pagi tadi , semasa aku enak lena di atas tilam , kedengaran pihak surau membuat pengumuman. Aku sangkakan bahawa, pihak surau ingin memberitahu tarikh tibanya 1 ramadhan, tapi sangkaan aku sama sekali salah apabila , pihak surau ingin mengumumkan bahawa, salah seorang saudara Islam kita baru sahaja pulang ke rahmatullah pada awal pagi tadi. Lebih menyedihkan , dia meninggal satu hari sebelum tibanya bulan ramadhan. Pastinya ahli keluarga arwahyarham merasakan satu kehilangan yang amat besar dalam keluarganya, lagi lagi di bulan ramadhan.

Jikalau dulu, mungkin arwahyarham yang menghidangkan juadah berbuka..
Mungkin dulu dia jugalah yang menjahitkan baju untuk anak-anaknya seblum tibanya raya,
Dan mungkin juga , dialah yang menghiburkan suasana rumah mereka..

Siapa tahu? sekelip mata, semua itu hilang. Tu semua kerja Allah. Kita hanya mampu redhai, sesungguhnya allah lebeh menyayangi beliau.

Kita ini yang masih mampu berjalan di atas bumi ciptaan allah, harus sedar bertapa bertuah nya kita masih diberi kenikmatan hidup di dunia disamping merasai kenikmataan bulan Ramadhan ini.

Aku harap, korang jangan lah mempersia siakan bulan ramadhan ini sesungguhnya di bulan inilah banyak mukjizat yang boleh kita perolehi daripadaNya. Amin!.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...