سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, October 23, 2009

Apa yang korang rasa ?

Apa yang korang rasa hari ni? Boleh aku tau?
Sebab hari ni ramai kenalan aku di facebook , ym , myspace macam pelek je keadaannya.
Masing- masing dengan luahan hati perasaan yang di tepek - tepek di ruangan bacaan di semua sosial bookmark.
Ada yang putus cinta , ada yang dah mcm nak gila sebab baru bercinta , dan ada juga kesunyian sebab tade sesiapa .
Tapi biasalah tu , kita kan manusia mestilah merasai semua tu kan?? Kalau tidak , bukan manusia namanya tu. huhu

Apa yang korang rasa ehh?
Apa yang korang rasa , bila pertama kali jatuh cinta?
" hahah!, aku rasa , aku dah xperlukan apa-apa dah kat dunia ni selain dia "
( tu dlu bukan sekarang )

Apa yang korang rasa ehh?
Bila korang tade duit , tapi keadaaan di sekeliling kau semuanya memerlukan duit ?
" Aku rasa , macam nak gi rompak bank "
( tapi tu dosa .. jangan dibuat )

Apa yang korang rasa ehh?
Bila ditinggalkan oleh pasangan korang ?
" Aku rasa , aku nak hidup single selama lamanya "
( jangan harap la wei )

ehehh. apa pon yang kita rasa , kita sepatutnya harus tabah menghadapinya dan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikannya . Bukanlah mudah menyerah kalah dan biarkan ianya berlalu. Tiada apa yang akan berubah kalau korang asyik menyerah kalah sebelum cuba sesuatu kan?

Hari ni , aku rasa sangat tak sedap hati disebabkan masalah yang ada di sekeliling aku ni.
Biasalah , orang macam aku ni dari golongan yang sederhana ( miskin ) , sentiasa ada masalah kewangan setiap bulan. Aku pon tak tahu la mcm mana nak mengatasi masalah ni. Harap-harap pekerjaan aku selepas graduate nanti leh la support family aku. Atleast menyenangkan mereka sedikit pon jadi lah.

Aku harap , suatu hari nanti , aku akan mempunyai duit untuk bawa mereka pergi menunaikan umrah haji.

Suatu hari nanti juga, aku harap aku dapat memberikan keselesaan yang ckup buat mereka berdua yang selama ini menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh.

Alhamdulillah , walaupun kami ni dari golongan susah , tapi hidup aku dan keluarga tak pernah tak makan walaupon sehari , jika nak dibandingkan dengan mereka yang berada di luar sana tu.

Aku bersyukur dengan apa yang ada , yang penting , aku mengingatkan diri sendiri dan saudara saudari yang sudi menbaca blog aku ni , apa yang terjadi kat diri kita dan keluarga, pakar motivasi pertama yang perlu kita rujuk adalah Allah SWT. Kerana disitulah sepatunya kita mengadu , dan disitu juga lah tempat kita meminta pertolongan.

Amin ya rabbal alamin.


---------------

Widgets

----------------

3 comments:

  1. aku rase lega hari stlh seminggu x tdo dgn lena!
    pnh tdo 20 minute je ade satu hr tu.

    lega sbb dah selesai semuanya!
    amin.

    ReplyDelete
  2. kenapa?
    ass banyak ke ayana??
    :)

    lyana: huhu

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...