سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Monday, November 2, 2009

Jalan - jalan cari makan di Pahang

Akhirnya sampai jugak aku ke Pahang nun jaoh di sana tu. :D
Mula-mulanya aku plan ngan member member nak pergi awal cuti hari tu , tp plan asyek tak jadi dan tergendala je. Ada je sebabnya tak dpt pergi. So kitaorang decide 29hb lepas untuk pergi gak ke sana :P

Wah! bersemangat la aku kan. Nk jalan jaoh ni. Hahah! padahal bukan lah jaoh sangat. Adalah dalam 2 jam setengah dari Kuala Lumpur ni.

Hmm ! Mula - mula kitaorang ingat nak gi jalan-jalan kat sekitar rumah member aku sorang ni namanya Ezad. Dia nye rumah kat Temerloh. So kitaorang bajet bawak rm50 la kan. Ala kawasan kampung nak belanja apa je kan?? hehee!!~ Tapi last-last sampai keterengaanu kitaorang jalan woh!! Cuma tak sempat pergi cerating je. Perggh! terlepas hajat aku nak gi cherating tu. huwaaaaa~

Nasib baik la , aku bawak duit banyak sikit. Kalau tidak , mampus kebuluran aku kat sana.. Antara aktivi-aktiviti kitaorang.

Hari pertama :- Dari KL , terus ke Temerloh , dan sampai dalam pukul 6 petang tu kitaorang terus gi makan and then cari resort. Tidur kat resort. Huhu! thanks to Ezad parents sebab belanja tidor kat resort. ahah! :P Malam hari gi CC . hahaha!~ tade apa nak buat kat sana , sbb pkul 9 je semua orang dah ttp kedai and tido. CC je still bukak !~ so tade pilihan la kan.

Gambar kat Resort | klik pada gambar untuk paparan saiz sebenar

Hari kedua :- Thanks to Ezad parents once again , sebab sudi belanja brakefast yang sungguh sdp. haha!~ Selepas breakfast kitorang terus bergerak ke Gambang . Kitaorang plan ke gambang ni sebab nak nak gi mandi kat Gambang resort!

Terbaik beb! Lagi best daripada WETWORLD SHAH ALAM TU ! hahaha. Banyak game kat sini. , and masih ada yang tak bukak lagi sbb wetworld ni baru bukak.

Lepas kepenatan , kitaorang gi ke teluk chempedak !! lawa jgak kan pemandangan kat sini. Dengan angin nye yang kuat tu , ditambah tokok dengan bunyi desiran ombak di pantai , memang membuatkan aku tenang. Pasir pon tak lah kotor . Ok la 4/5 star untuk Teluk Chempedak.

Klik pada gambar untuk paparan yang sebenar



Dah puas lepak kat Teluk Chempedak , terus balik ke rumah kazen Ezad kat Estate Sime Darby kat Jabor, dah masuk daerah terengganu dah ni . huhu !~ tu yang aku kata , berjalan sampai ke Terenganu. Lepak la kitaorang kat rumah dia tu.

Malam skit , kitaorang gi makan kat Restoran Sri Jabai. Sedap woo lauk dia. Kitaorang order Ikan siakap masak tiga rasa + Sotong Pedas! haha + Sayur pe tah dorang order + 7 pinggan nasi = RM 50-60 je oohh

ikan nye beso berbanding dari ikan kat Kuala Lumpur ni. Dah kenyang terus balik dan tido kat Jabor.

* Hari ketiga bersambung esok

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...