سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul . Satu hari yang indah :)

Salam ( peace ) buat pembaca sekalian.

Lagi sekali kita diberikan kesempatan pada hari ini untuk bersama-sama meperingati hari yang penuh bermakna dalam diri kita sebagai seorang Islam iaitu hari Maulidur Rasul. Bersama-samalah kita memperingati Nabi kita iaitu tak lain tak bukan , Nabi Muhammad S.A.W iaitu Nabi utusan terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Alhamdulillah.

Entry kali ini , aku nak bercerita pasal momment yang aku tak dapat lupakan hari ini. Sungguh menghayat hati dan perasaan ( serius ).

Hari ni kan hari Jumaat , of course la setiap hamba Allah yang ber"gender" lelaki pergi solat Jumaat kan ?
Aku pun macam biasalah bersiap - siap nak pergi surau ngan bapak aku ( hari ni cuti , kalau tak jangan harap nak pergi solat Jumaat ) . Selepas siap terus pergi ke Masjid kat Taming Jaya tu. Tak ingat pulak aku apa nama Masjid tu , tapi mostly kat situ ramai bangsa asing. Kalau dulu aku rimas ngan dorang , tapi aku berjaya mengubah tanggapan aku tentang mereka. Kenapa aku nak rasa rimas ? Dorang pun Islam juga. Kenapa aku nak benci dorang tanpa sebab. Dorang tak buat salah pun kat aku. :)

Tapi tu dulu , sekarang tak lagi. Banyak benda yang buat aku terfikir panjang. Aku bersyukur , Alhamdulillah.




Ok! Sambung cerita,
Sampai je kat Masjid tu , aku pun cari tempat duduk. As usual dah penuh dah barisan hadapan. Alhamdullah. Masih ada orang berlumba - lumba nak dok bahagian hadapan sekarang ni, yelah pahala banyak tu. :)
Macam dalam dunia fantasi aku la kan , Macam ko dapat SEBIJIK NISSAN SKYLINE free kalau dok bahagian hadapan. Hahahah!

Hahaha! Asyik - asyik Skyline !
Kami pon dengar lah ceramah dan khutbah , dan disusuli solat Jumaat.
Kami bangun dan solat. Pada mulanya seperti biasa , tapi pada rakaat pertama , surah kedua ( tak sure surah apa yang imam ni baca ) , imam ni baca lancar pada mulanya, tapi semakin teresot- esot bacaan nye.

Dalam hati aku " eh , kenapa dengan imam ni, sakit ke? "
Bunyi bacaan imam tadi macam sesak nafas.

Aku teruskan sembahyang dan mendengar .
Imam still membaca surah, lama kelamaan baru aku paham.
Imam tu menangis ketika membaca surah tersebut di hadapan kami semua.
Sungguh beliau menghayati setiap ayat yang dibacanya.
Aku turut terharu mendengar setiap esak-esak tangisannya..
Tapi beliau masih mampu mengimamkan kami sampai ke akhir.

Selepas selesainya solat Jumaat. Aku terfikir , banyak betul dosa yang aku buat sebelum ni.
Kalau aku nangis ketika solat pun , itu pun ketika aku betul-betul susah dan perlukan pertolongan nya.
Aku rasa aku ni ibarat kacang lupakan kulit. Time aku susah , aku mintak tlg kat DIA. Tapi kalau senang sikit, aku terus lupa. Masyaallah. Apa nak jadi.

Aku harap , aku jadi insan yang sentiasa taat kepadanya ! Amin.

-Sedikit info tambahan semperna Maulidur Rasul-

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Nota ringkas :- Rindu perarakan time maulidur rasul kat sekolah :(


---------------

Widgets

----------------

4 comments:

  1. thnx 4 sharing! hehehe.. selamat menyambut maulidur rasul. yeah? :)

    ReplyDelete
  2. thanks mai :) sama2 kita mengigat nabi kita.

    miss lolly ;- salam maulud nabi juga

    ReplyDelete
  3. sedey lak bace..nway,nice entry..

    salam maulidur rasul..=)

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...