سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Sunday, March 28, 2010

Angota Polis Ditikam

KUALA LANGAT: Seorang anggota polis cedera apabila ditikam di belakang badan oleh lelaki kurang siuman ketika menjalankan tugas di Jenjarom, jam 2.30 pagi semalam.
Difahamkan, kejadian terbabit berlaku dengan pantas dan ketika itu suspek muncul secara tiba-tiba dari arah belakang sebelum dia menepuk tiga kali di belakang mangsa.

Sejurus menepuk mangsa, sebilah pisau pemotong sayur berukuran 10 inci terjatuh ke lantai dan suspek terus melarikan diri dan ketika itu anggota polis berkenaan mengadu kepada rakan setugas yang dia terasa sakit di badan.

Selepas diperiksa, rakannya mendapati ada tiga kesan tikaman di belakang badannya masing-masing dua di kiri dan satu di bahagian kanan sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Ketua Polis Kuala Langat Superintendan Mohamad Radzi Ishak berkata, suspek sudah ditahan dan pemeriksaan mendapati dia ada empat rekod menyerang orang awam menggunakan senjata tahun lalu.

“Suspek ditahan 15 minit selepas kejadian terbabit dan pemeriksaan turut mendapati dia pernah menjalani rawatan mental di hospital.

“Disebabkan suspek kurang siuman, kita dapati tiada sebarang motif dalam kejadian ini namun kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Mohamad Radzi berkata, dia sempat melawat Hasnor di Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang semalam dan mangsa kini stabil.


Note:- Bahaya juga dunia sekarang ni , silap hari bulan , time ngah jalan-jalan kat Pavilion pun kena tikam. Hati - hati je la ye.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...