سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, March 5, 2010

Pesan Rasullullah S.A.W Sebelum Tidur , Must Read

Salam Peace ,

Sementara masih ada masa ni , aku nak sharing skit apa yang aku dapat daripada hasil blogwalking tadi. Aku tertarik ngan Pesan Rasullah S.A.W iaitu idola dunia akhirat aku. Terima kasih kepada bro
AiMaN HaDi  sebab aku jumpa post ni kat sidebar dia. So aku ingat nak sharing gak ngan bloggers lain kat luar sana tu .. Harap bro tak kisah :)

Marilah kita sama- sama saling ingat mengingatkan sementara masih sempat :) Insya allah berkat di dunia akhirat.


-----------------------------------------------------------------


Pesan Rasulullah s.a.w sebelum tidur :

Rasulullah s.a.w berpesan pada Aisyah r.h yang bermaksud,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu
1. sebelum khatam al-Qur'an
2. sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. sebelum para Muslimin meredhai kamu dan
4. sebelum kau laksanakan haji dan umrah.

Bertanya Aisyah,
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"






Rasulullah tersenyum dan bersabda maksudnya,

" Jika Engkau tidur bacalah ; "
1. Al- Ikhlas tiga kali seolah-olah kau mengkhatamkan al-Qur'an.
2. Bacalah selawat untukku dan para Nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para Muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
4.  Dan banyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir (subhanaullah,walhamdulillah,walaillahailaullah, Allahuakbar), maka seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

-----------------------------------------------------------------



---------------

Widgets

----------------

2 comments:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...