سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Monday, March 1, 2010

Sumbat Baby Dalam Pam Tandas


Lagi satu kes pembunuhan baby atau kanak - kanak berlaku. Tak silap aku , berita ni keluar the same day dengan hari keluarnya berita mengenai adik malang Syafia Humairah Sahari yang dibelasah sehingga mati.



 Apa la nak jadi ngan orang zaman sekarang ni? Baby anugerah paling tak terkira , dia boleh buang macam tu je. Macam buang anak patung . Mungkin kalau kita tak jaga perlakuan kita dari sekarang , mungkin kita pon leh jadi macam dia. Baca kisah ni jadikan dan jadikan sebagai tauladan yee semua.. Muga tak jadi perkara-perkara macam ni dalam kehidupan kita. Amin


JOHOR BAHRU: Bimbang rahsia asmaranya bersama dua lelaki terbongkar, seorang wanita tergamak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.
Malah, demi memastikan perbuatan terkutuknya itu terus menjadi rahsia, wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya menyumbat mayat bayi malang itu ke dalam tangki sama sehingga menyebabkan kepala tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsia yang cuba disembunyikan itu tidak bertahan lama apabila rungutan orang ramai berhubung bau busuk dari tandas membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput sejak lima hari lalu itu.

Menurut sumber polis, ketika ditemui, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat perbuatan tangan ibu sendiri yang menekannya dengan kuat bagi membolehkannya merahsiakan kelahiran hasil perbuatan terkutuknya ke dalam tangki pam tandas itu.

Katanya, lima hari lalu wanita terbabit dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, bagaimanapun dia kemudian tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.

Difahamkan ketika kejadian, wanita berkenaan terperuk hampir dua jam dalam tandas untuk melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki sebelum membunuh bayi itu dengan menyumbatnya ke dalam tangki pam tandas. Wanita berkenaan kini sudah ditahan polis untuk membantu siasatan kes, malah kini polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu sebaliknya menegaskan satu sidang akhbar dijangka dibuat pada Isnin ini.



p / s :- Lain kali kalau nak beromen pakai kondom la wei . Hangin betul aku ! Kesian aku tengok baby baby ni. Buat anak tahu , jaga anak tak tahu pulak. Pergi cari lelaki kau tu , pastu campak dia dalam loji , tengok apa dia rasa.



---------------

Widgets

----------------

4 comments:

  1. isss mcm binatang btllah...sampai hati buat baby sdiri mcm tu...Ya Tuhan..apalah manusia ni. Dah buat tu, beranilah tanggung.

    maya
    http://coretanmayaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dieorg dah tak de keje lain pe
    asyik nak bunuh org je
    dah la baby pulak tu

    ReplyDelete
  3. ɐʞnɯ uɐpɐd ˙uod ɹɐʞƃuoqɹǝʇ ɥɐp ˙ɥnʇ ƃuɐɹo ɥɐlʞnɹǝʇ

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...