سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Sunday, March 21, 2010

Yanie Mentor Kritikal

KUALA LUMPUR: Pemenang tempat ketiga, musim pertama rancangan realiti Mentor terbitan TV3, Sitti Surianie Jul Karim atau lebih dikenali sebagai Yanie kritikal berikutan ketumbuhan dalam paru-paru dan masih dirawat di Hospital Keningau, Sabah.
Penyanyi Ning Baizura yang juga mentor kepada Yanie, 25, dalam program itu, berkata dia mendapat tahu berita itu daripada suami Yanie, Irfin Abdul Manan, 30, menerusi SMS dihantarnya, kira-kira 4 petang semalam.

“Saya memang terkejut apabila mendengar berita ini dan berusaha menghubungi Irfin mendapatkan maklumat mengenai Yanie tetapi tidak berjaya.

KENANGAN...Yanie dan Irfin ketika majlis persandingan mereka pada 2007.
KENANGAN...Yanie dan Irfin ketika majlis persandingan mereka pada 2007.
“Sebenarnya, saya dapat tahu Yanie sakit apabila suaminya menghubungi saya, dua hari lalu. Saya difahamkan suaminya, Yanie menderita penyakit itu selama empat bulan tetapi sebelum ini dia sembuh sekejap,” katanya.
Ning berkata, hubungannya dengan Yanie memang rapat sejak dulu.

“Saya juga sering berhubung dengannya dan kami pasti berjumpa setiap kali saya berkunjung ke Sabah. Kali terakhir, kami berjumpa ialah tahun lalu. Saya juga tidak tahu dia sakit ketika itu kerana ketika kami berjumpa dia sihat saja,” katanya.
Yanie selamat diijabkabulkan dengan Irfin di Pejabat Jabatan Pentadbiran Syariah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) di sini, 23 November 2007.
Dengan sekali lafaz, Yanie, sah menjadi isteri Irfin, yang bertugas sebagai pegawai Jabatan Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Sabah dengan mas kahwin RM200.
Pernikahan disempurnakan Penolong Pengarah (Bahagian Perunding Keluarga) Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Imran Anggun.Ia disusuli dengan majlis persandingan mereka di Dewan Saadah Wisma Muis. 



p/s:- Semoga Yanie cepat sembuh dari penyakitnya. Buat reader ku sekalian, sorry la dah lama tak update blog. Celcom broadband aku buat hal laaa. Kena bared tak bayar. Huhu :D Banyak gambar nak upload nanti ni. Nantikan yee :) Bye 


UPDATE :-Rupanya Yanie telah meninggal dunia. Al Fatihah Buat Yanie . Klik Sini Untuk Baca Kisah Selanjutnya


No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...