سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Saturday, April 17, 2010

Tips Hilang Mengantuk Ketika Memandu.

Salam Sejahtera buat semua. :)

Rindu pulak rasanya tak update blog , hampir dua hari rasanya. Secara jujurnya , memang visitor aku langsung takda. Nak buat macam mana ye tak? Dah tak update , siapa nak datang melawat? Hehe.

Alkisah sepanjang dua hari ketiadaan aku disini , akan aku ringkaskan. :) Nak cerita panjang pun , rasanya macam malas pula. Huhu :)

  • Bertolak ke Johor tepat jam 8 malam , dan tiba di Ayer Hitam tepat 11 mlm.
  • Dari Ayer Hitam , jemput pulak akak kepada nenek aku di Kulai jam 12 pagi. Sampai kat Kulai tepat jam 1 pagi. Dah sampai ,kalau tak borak tak sah mereka-mereka yang veteran ni. :) borak-borak sampai jam 2. Aduih!
  • Tengok dah lewat, terus panggil dorang ajak balik Ayer Hitam. Kami pun gerak la , dan tiba di Ayer Hitam tepat jam 2.30 pagi.
  • Arrrhh! Esok pakcik aku kerja pulak , makanya , kena gak balik KL. Aku dan pakcik terus salam-salam nenek sekalian , dan terus memecut laju balik k.
  • Jam pertama , aku masih gagah memandu di highway pada kelajuan 120-130km/s
  • 30 minit selepas jam pertama , mata dah mula kabur. Uish! rasa mcm banyak tahi mata.
  • Tambah menyakitkan hati, tetiba hujan pulak. Jalan menjadi licin , dan menyukarkan pemandangan. Paham-paham la highway time malam-malam , kan gelap.
  • Sejam kemudian , rasa mata dah terlelap - lelap! Aduish ! Tak tahan dah ni. Kalau tak berenti booleh eksiden ni nanti. Takmo aku excident. Belum khawin lagi. Pahala pun tak cukup.
  • Disebabkan itu , aku berenti kat Perhentian Ayer Keroh. Tapi sayangnya , dorang ngah renovate. Hanya ada toilet dan sebuah restoran yang tak berapa nak best je ada kat situ. Makanya , aku hanya ke toilet.
  • Tidur dan lelapkan mata hampir 20 minit , kami teruskan perjalanan. Ok ! kali ni aku give up, bagi pakcik aku drive pula. Ok! Dia memang , pemandu kereta jiwa kacau. Haha! 140-150 kat highway dia bantai. :( Aduish! Dia tak fikir apa dah, yang penting cepat sampai cepat lah tidur.
  • Disebabkan dia bawak kereta laju bebeno, kami pun tiba lebih awal kat Kuchai dalam pukul 5.30pagi. Kalau aku yang drive , mahu nya pukul 6.30 baru sampai. wakakakak!




Ok! Sipnopsis nya di sini , memandu ketika mengantuk adalah sangat membahayakan. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat
Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
 
 


" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
 
 
 
 
 


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
 
 
 
 


"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X. 
 
 
 
 
 
 

SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA .



Renung-renungkan dan Selamat Beramal :)











No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...