سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Sunday, May 9, 2010

| VIDEO |MAWI dan ZAMANI versi KARToON

 

Salam sejahtera buat rakan-rakan blogger . Terasa lama sungguh , tak mengupdate blog aku ni ha. Tah kenapa tah, tetibe hilang mood nak menaip. Banyak sangat hal di dunia sebenar, sampai tak sempat nak luahkan sedikit masa di dunia maya ni ha. Wakaka.

                     

Disebabkan itu, aku nak tebus kesalahan aku sebab tak meng up to date kan blog aku ni ngan , sebuah video. :) Terjumpa video ni kat Facebook tadi, terus ada idea nak mengup to date blog yang usang lagi nazak ni ha. Usha la Mawi dan Zamani versi kartun.  Rajin gila orang yang buat flash ni ha. Congrate to this video owner. Enjoy.

Pergghh! dalam video ni , muka Mawi dah sebijik dahh :P Tapi sayang pulak , work in progress. XD Sila STOP video ni pada saat ke 56 , dan play yang bawah plak. Haha! :) Video ni , aku dapat dari BELIA MUDA

 

Kat bawah ni , aku sediakan sekali lirik nya, supaya korang sambil layan video ni , boleh gak korang menghayati lirik nya :D 

 

Lirik Lagu Tak Mungkin Berpaling – Mawi ft Zamani

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu, tak lagi mengerti hatiku

Ulang rangkap 3

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

 

P/S : Korang rasa lagu versi asal dengan lagu versi feat ni , mana lagi sedap??? Bagi aku , versi feat ni lagi sedap sebab ada MAWI. Idola mak aku dari masa Akademi Fantasia lagi. XD Hahaha!~ And Zamani pulak, idola aku dari skolah menengah lagi. XD

 

Di kesempatan ini juga, aku nak wish Happy Mother’s Day kepada semua ibu-ibu di luar sana. Semoga , ibu-ibu diluar sana semakin hari semakin menjadi ibu yang baik . Heroin ku mestilah Pn Norsiah Bte Hambali. Ibu yang tak pernah putus asa dalam menjaga makan minum tidor belajar aku . Maa!~ Apit doakan semoga semakin hari Maa Makin sehat semakin bahagia dunia akhirat. Amin !~

---------------

Widgets

----------------

1 comment:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...