سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Wednesday, June 16, 2010

Girls, What I Need Is?

Cei ! Tajuk dah macam aku ni casanova yang mempunyai ramai perempuan di sekeliling pinggang la pulak kan?? hehe!~ Perasan sekejap. haha!~ Aku bukan nak cerita pasal casanova , dan bukannya nak cerita yang aku ni ada banyak perempuan. Itu salah sama sekali tahu x. Aku ni tak suka couple ramai-ramai sekali gus ni. Rimas! :) Memahamilah diriku. cei cei!~

 

Hah! yang aku nak cerita kan kat sini ialah , apa yang most lelaki nak daripada perempuan . Ha!~ Jangan start fikir bukan bukan ye cik adik , cik kak , tuan dan puan. Kita bukannya nak cerita kotor di sini ye. heheh :)

 

 

Surat CINTA dan SURAT PENGHARAGAAN :) HAHAHA!

Daripada kajian aku lah kan, yang baru aku kaji hari ini ( hari ni jee tauu ) , almost lelaki suka perhatian daripada wanita. Walaupun perempuan tak cantik sekalipun. Kalau perempuan layan lelaki ngan baik , pasti lelaki akan tertarik ( ni apa yang aku rasa je ) .

 

Pastu lelaki ni , suka kan pujian dan bukannya kritikan. Kadang-kadang aku paham perempuan pon ada ego gak. Bf yang sekacak Arron Azziz pon dia kata macam pencacaii cuci jamban kat mid ( mat bangla ) . Haih! Kalau korang amalkan mcm ni , sah-sah laki kau pi cari orang lain wei. :) aku pon suka kan pujian! :D

 

Penghargaan buat lelaki adalah sangat penting :) Percayalah girls kat luar sana. :) tak caya leh refer article yang aku petik dari senicinta.com

 

Jangan anda salah faham, lelaki tidak akan meninggalkan wanita kerana wanita lain yang lebih cantik dan langsing. Lelaki sebenarnya amat memerlukan penghargaan dari seorang wanita. Penghargaan ini adalah ‘driving force’ dan juga penerimaan terhadap identiti diri seseorang lelaki.

Wanita kadangkala tidak sedar diri mereka sebenarnya menyampai satu mesej separa sedar terhadap lelaki yang berbunyi

“Aku tidak menghargai kau lagi”.

    1 Bila lelaki bercakap mengenai impiannya…

Wanita tidak mendengar sebaliknya mengubah topik perbualan.

    2 Bila lelaki bercerita mengenai kejayaannya…

Wanita tidak memberi pujian dan galakan yang sewajarnya.

    3 Bila lelaki bercerita mengenai kisah dukanya…

Wanita tidak memberi motivasi dan sebaliknya, meluahkan kekecewaannya.

Kesimpulannya, lelaki amat dahagakan PENGHARGAAN.

Lelaki sanggup meninggalkan pasangannya demi mencari seseorang yang boleh memberinya PENGHARGAAN.

 

LELAKI ni , walaupun hampeh , kalau kita beri penghargaan kat dia, dia akan merasakan diri dia sangat berguna dan menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Percayakan aku! :)

 

 

Nasib baiklah , sekarang ni , aku didampingi ngan insan yang sentiasa menghargai apa yang aku lakukan untuknya :)  Aku bahagia menerima AMIRA ISMAIL dalam hidupku :)

---------------

Widgets

----------------

5 comments:

  1. wahhh
    sampai header pun gmbr korg
    moga2 hepi sll ye :D

    ReplyDelete
  2. ery - mcm lawa je, tu yang letak as header tu :)


    aku di sini -thanks

    ReplyDelete
  3. wah luahan hati seorg lelaki..hehe.xkire laki pompuan..rs dhargai tu amat bermakna ^_^

    smoga berbahagia.. ;P

    ReplyDelete
  4. shuker shuker shuker..
    maceh syg

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...