سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Thursday, June 10, 2010

Kitchen Pastry Awesome

Assalamualaikum w.b.t , pada hari ini , kelas saya bermula pada pukul 2 petang hingga 4 petang. Pada kelas pertama ini , Chef Adli membuat memulakan pengajarannya dengan menulis resepi untuk membuat Soft Bun. Pada kelas ini juga , Chef Adli banyak bertanya soalan kepada kami , untuk mengetahui asas-asas pengetahuan kami. Antaranya ialah, “ Ada berapa bahagian telur ? ” , “Antara bacteria yang berbahaya. “ , dan juga “ 8 jenis gula ”.

Selain itu , saya juga mendapat mengetahuan baru iaitu , apa itu LAT dan juga EGGWASH. Chef Adli juga, menerapkan kaedah-kaedah yang mudah buat pelajar nya , dengan membuat formula untuk resepi SOFT BUN kali ini. Iaitu K+D+WY+E+B/M+S+S+S+WW yang seharusnya kami ingat untuk kelas praktikal seterusnya. Chef Adli juga , tidak mengalakkan pelajarnya , membawa resepi di dalam dapur, tetapi menghafal resepi yang diberi pada kelas ini , dengan harapan, agar pelajarnya dapat mengingati resepi ini , sampai bila –bila.

Sebelum kelas ditamatkan , Chef Adli memberi sedikit nota , “ Langkah – langkah dalam produksi yeast “ yang akan saya sertakan di bahagian “ learning point ”. Sekian Terima Kasih.

Learning Point :

· 1 biji telur bersamaan 50gm ( mengikut gred )

· Berat sebiji Soft Bun bersamaan 30-35 gm

· GLUTEN ialah campuran daripada tepung , air , butter .

· Bahagian telur , iaitu Albumen , Egg Cell , Shell , Membrance , dan juga Yolk

· Antara bacteria berbahaya dalam makanan yang boleh menyebabkan keracunan makanan ialah Salmonella , Listeria , E-Coli , dan juga Campylobacter

· 8 jenis gula yang ada ialah , Brown Sugar , Snow Sugar , Gula Melaka , Icing Sugar , Gula Batu , Gula Merah , Gula Pasir , dan Gula Kabung

· Mauripan ialah Yis Kering

· LAT ialah lemak daripada Khinzir

· Egg Wash ialah kaedah salutan bun dengan white egg.

---------------

Widgets

----------------

4 comments:

  1. mmg xbole bla..
    gile kentang...
    susah gile nk buat bun

    ReplyDelete
  2. hye chef shafiq! hehe.blaja betol2...nti boleh buat soft bun untuk ice.. :P

    ReplyDelete
  3. hehehe... tak pernah masak roti.. ngee^^

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...