Salam Jumaat.
Dah lama rasanya , tidak aku update blog ni. :) rindu pula time – time cuti dahulu , di mana setiap hari , tak sah kalau tak update blog. :) Sekarang ni , susah la sikit , setiap hari kelas sampai kul 10 ( kelentong ja _ ) , mana lah nak sempat update kan?
Tapi aku , akan cuba dan terus cuba , update blog ni . :) Walaupun tak sesekerap dahulu. Insya allah .
Hmm! Aku ada story sikit mahu share ngan kamu semua kat luar sana. Ini adalah satu kebesaran Tuhan yang aku perasan , baru sahaja sekejap tadi. Entahlah ianya kebetulan ataupun sebaliknya, tapi aku masih tetap merasakan ianya satu keajaiban.
Korang yang tak duduk kat rumah pada ketika ini , iaitu Jumaat 2.15 petang , pasti merasakan kehangatan yang tersangat amat. Ya allah ! aku tak boleh langsung nak bukak mata , masa on the way pergi ke masjid tadi , dah jadi macam apekkk kopeekk plakkk.. haha!~
Alkisahnya bermula , ketika solat Jumaat dimulakan. Imam seperti biasa memulakan dengan bacaan bacaan yang sungguh menusuk kalbu , dan ketika ini sangat laa panas. Serius panas, tidak ada angin segala. Tapi , yang pelik nya , start je imam tu baca surah Al-Fatihah , cuaca menjadi mendung , seperti dihalang awan. Kemudian , dari panas yang teramat sangat, bertukar menjadi sejuk yang diselangi angin yang tersangat kuat.
Dan yang peliknya lagi , sesudah je Imam tersebut selesaikan surah Al-Fatihah , cuaca berubah kembali menjadi panas.. Pada mulanya aku tak perasaan , tapi apabila di rakaat kedua , imam tersebut mula membaca Al-Fatihah , cuaca berubah mendung kembali , itu aku dah mula sedar bertapa besar nya kuasa tuhan. :) Dia sayang kita , iaitu orang –orang yang tunaikan solat Jumaat. Tu yang dia redupkan cuaca seketika. Kita jangan lupa kan dia. Peringatan untuk semua dari aku budak yang tak seberapa.
----------------------------------------------------------------------------
*Banyak dugaan yang aku alami di saat dan ketika ini , dan aku cuba untuk memahaminya , tapi syukur alhamdulillah ketika dia memberi dugaan , dia juga memberi permata yang cukup bernilai untuk diriku.
Ya Allah berkati lah perhubungan kami , agar kami dapat tempuhi segala liku kehidupan. Biarlah kami kekal bersama hingga akhir hayat kami. Kau jadikan aku , seorang insan yang berguna buatnya Ya Allah. Jadikanlah kami pasangan yang saling bimbing membimbing antara kami. Amin Ya Rabbal Aalamin.
tiada yang besar di dunia ini melainkan ALLAH S.W.T :)
ReplyDeletetapi ramai yang memperkecilkan-NYA dengan melanggar perintah dan melakukan larangan-NYA.NAUZUBILLAH..
sama-sama kita muhasabah diri,perbaiki kekurangan dan amalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR :D
p.s ; peringatan bersama.amin
Bahagianya dapat rasa pengalaman macam ni ...:) alhamdulillah
ReplyDeletesyaril - betul :) sama2 la kita muhasabah diri ..
ReplyDeleteamar - alhamdulillah, bukan selalu dpt merasa ..
wahhh
ReplyDeletesubhanallah
chantek~
yg bwh tu chantek gak
hihihihi~
;)