سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Mengimbau 1001 Kenangan.









Sudahlah tiba Masa DinanTi, 
SyaitaN dan Iblis Telah pon Digari, 
Tinggallah Manusia yg Baca Blog ini...










Salam Ramadhan .

Sedihnya aku , sebab semalam tak berkesempatan untuk menunaikan solat terawih bersama - sama rakan atau pon keluarga :( disebabkan ada kelas praktikal sampai pukul 9 malam semalam. Tapi aku tak melepaskan terawih pertama ni , kerana banyak pahalanya , dan dengar kata-kata mereka , sesiapa yang solat terawih pada hari pertama , akan dihapuskan dosa-dosanya yang lepas. ( nanti aku cari kat google pasal ni ), tu yang aku bersungguh-sungguh nak juga menunaikan solat terawih ni. Almaklumlah , aku juga seperti manusia biasa , tak lari dari kesilapan . 




Ramadhan Ya Ramadhan.
Banyak kenangan yang aku imbau balik yang boleh menyebabkan aku ketawa sorang-sorang dan juga sedih sorang-sorang.. Ye la , dua tahun lepas , ketika nenek belah mak aku masih ada , dia la yang teman aku berpuasa. Aku masih ingat ketika dia duduk rumah aku , aku lah yang kena beli atau masak ikan tanpa garam untuk dia. Kadang-kandang kalau aku malas , dia yang masak untuk aku , walaupun dia dah tak berapa nak larat berdiri , dia berusaha juga masa sambil duduk. :) Kalau lah dia masih ada, pasti Ramadhan kali ini lebih menyeronokkan. Tapi apa kan daya , yang pergi , tetap pergi , kita yang masih bernyawa , penuh kan diri ngan pahala yeee. 



Bila Ramadhan tiba , pasti ada manusia yang tak reti-reti puasa. Hahaha!~ Ada yang puasa separuh hari la , ada yang puasa tapi merokok la , ada juga yang puasa tapi makan waktu lunch. :D hahaha :) Korang pernah ponteng puasa tak?  Aku dulu pernah la , waktu masih jahil . Haha !~ Masa lunch makan KFC! Nyum-nyum. Tapi tu dulu arr. Sekarang aku tak buat dah macam tu, puasa pon dah ganti. :D ahahah. Nakal juga aku ni , jika difikirkan balik. Hahahahaaa.



Banyak lagi kenangan yang pahit dan manis , kalau nak cerita , seratus kali post pon belom tentu cerita-cerita tu semua habis. :D

Apa-apa pun Jangan Ponteng Puasa, sesungguhnya Allah merekod segala perbuatan anda  :D Percayalah.





Selamat Menyambut Ramadhan,



Dari Shafiq Hashim & Keluarga .

Tahun ni dpt beraya ngan orang baru :D









---------------

Widgets

----------------

1 comment:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...