سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, June 12, 2009

Shah Alam - Balakong - Kuchai Lama - Sri Petaling - Putrajaya

Shah Alam - Balakong - Kuchai Lama -
Sri Petaling - Putrajaya

Ni antara destinasi - destinasi yang aku pergi semalam. Alkisahnya bermula , aku pulang dari Shah Alam sebab ketiadaan kelas pada minggu ni. So , aku pulang la ke rumahku aka syurga ku di Balakong. Tetapi disebabkan aku keseorangan di sana , makanya aku plan dgn PrincessTembam nak gi KLCC. Aku pon pergilah ke Kuchai Lama ( dekat sikit nak pg Klcc dari rumah nenek aku ). In the early morning sangat-sangat. Aku pon msg la Princess tembam tu. Tanya jadi pergi ke tak.So dia pon tanya aku dah siap ke blom? Aku pon jawab la tgh bersiap.

Dup dap dup dap selepas aku sudah memakai semart2 smata-mata nak jumpa dia, dia pon msg lah aku katanya tak dapat pergi sebab ada prob skit. So wat can i du? biarkanlah.

Tapi kebosanan agak membunuh diri aku ketika itu , tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.haha! aku perlu keluar jugak dari rumah ini. Aku call semua member2 aku ( ada lah dalam 10 orang lebih ) , dan dari kesemua dari dorang , dua orang je yang free ketika itu. :D Iaitu Hafis Dan Aisyah.



Orait la tu. So aku pon ajak lah dorang pergi karaoke. Tujuan aku hari ni nak pergi keluar photoshot je. Tapi dah alang2 pergi carefour , pergi la melalak sekali kan? hehe. Makanya beratus-ratus lagu kitaorang tujukan kepada kitaorang-kitaorang sendiri. Macam biasalah kalau ada hafis , tak habis2 gelak je la. Dah sewel jadinya.hehehe

Ni kawan hafis yang bernama Apis

Gila nye Hafis

Selepas 3 jam berada dalam bilik tu , aku and dorang terus keluar pergi masuk carefour. Katanya Aisyah nak beli telur. Maknya suruh beli. Alang-alang tu aku pergi la cari Whipping cream kat dalam tu. Nak buat aiskrem . Tapi tade plak whipping krim kat dalam tu. Rasanya kat kedai bakery je kot ada jual menda alah tu. Setelah puas mencari whipping cream , kitaorang terus la mencari teksi untuk pulang ke rumah.

ha! time aku nak tahan teksi ann , ada sebuah kereta saga warna merah berenti depan aku. Driver nye tu lelaki cina tu. Dia berenti depan aku pastu dia offer aku naik kereta dia :-

" Boy u mahu naik teksi tak? "

Pastu aku dengan blur nya dan keliru sungguh .. terus aku jawab

" No lah uncle , sy tak mau naik teksi "

Then dia jawab ..

" Habis kenapa u angkat tangan tadi.? "
" Ni teksi la. "

Dalam hati aku , " Kereta tak serupa teksi , kata teksi "
Aiyoo! aku pon mls nak jawab just cakap

" Sy takmo naik teksi la. ". Time ni aku still blur dan menjwb dengan tegas sekali.

Terus teksi tu bla..

Ok sebenarnya aku tak nak naik teksi tu sebab teksi tu dah tak mcm teksi. Kereta saga biasa dia kata teksi. So seram la aku nak naik. Muke drivenya pon macam penculik je. So aku cepat2 kata tak mo naik teksi. Dahla aku kluar dengan anak dara orang. Kang kena culik tak pasal2 pulak ann.Hehe. Oleh itu, beringat2 lah sebelom terkena ok.

Then , aku pon cuba mengstopkan teksi lain. Ok! dapat dan kami terus pulang ke rumah.

Sumpah tiada destinasi lain dituju. Hahaha...

Dimalam hari pula, aku keluar dgn my dad. Tak de kerja laen lagi. Photoshot sana dan photoshot sini di Putrajaya. Ok! banyak gambar tapi ni je yang mampu ku upload. Len kali aku pergi di siang hari pasti banyak lagi gbr kan ku upload k...
















---------------

Widgets

----------------

2 comments:

  1. teringin nak de camera mcm ni..nak beli nikon d70..mahal nak mati la pulak...

    mest best amik gambo..seronok dpt shoot sane...shoot sini..pada aku la..

    ReplyDelete
  2. ha'a d70 mahal.
    :) kalau dilot dah pernah guna dslr b4 berbaloi ambik d70.
    kalau tak , pakai je la yang murah2 dulu.
    harga dari 1.5k dah leh dpt skarang

    tak pon cari yang second hand. ada gak

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...