سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, November 13, 2009

Kasih seorang ayah dengan anaknya seorang cacat.

Bila aku terbaca dan terlihat video ni , aku rasa sangat terharu terhadap Dick ayah kepada seorang anak yang cacat bernama Rick . Dick seorang ayah yang tabah walaupun mempunyai anak yang cacat. Rick anak kepada Dick telah mengalami kecacatan sejak lahir lagi. Doktor mengesahkan bahawa Rick tiada peluang untuk sembuh, malah kemungkinan tidak akan dapat melalui kehidupan normal seperti orang lain.

Pada tahun 1972, Dick telah membeli sebuah komputer khas berharga $5000 untuk Rick dengan harapan supaya dia dapat belajar huruf dan menulis sesuatu. Setelah mencubanya, Dick seperti tak sangka apabila Rick menulis "Hi, Mom," dan "Hi, Dad,".Rick juga menulis sesuatu mengenai sukan.Di saat itulah, Dick baru mengetahui bahawa Rick sentiasa belajar dan meminati sukan.


Pada musim luruh tahun 1977, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia ingin menyertai larian sejauh 5 batu. Dick agak terkejut dengan permintaan anaknya dan setelah berfikir sejenak, dia bersetuju untuk menyertai larian tersebut dengan cara berlari sambil menolak kerusi roda Rick. Mereka akhirnya berjaya menamatkan larian 5 batu itu. Pada waktu malam tersebut, Rick memberitahu ayahnya bahawa dia langsung tidak berasa seperti orang cacat ketika larian hari tersebut.


Sejak selepas larian itu, Rick masih ingin menyertai lagi perlumbaan seperti itu. Mereka kini telah melalui perlumbaan Marathons, duathlons dan triathlons.
Sila tonton video mereka sewaktu perlumbaan. Lihatlah diri seorang bapa kepada anaknya. Inilah bapa, Mereka selalu berkorban untuk anak mereka.


Dipetik daripada http://www.fcucommunity.net/2009/11/anaknya-cacat.html





Ya Tuhanku, lapangkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan lidahku agar mereka mengerti perkataanku.

Agar kami dapat bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui (keadaan kami)

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...