سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Sunday, March 7, 2010

Belajar SEO part 1

Salam peace kepada semua yang sudi melawat dan membaca blog aku ni :)

Hari ni , aku nak share sikit pasal SEO. Aku pun baru belajar. Sambil belajar , boleh gak aku share sikit - sikit ngan korang kat luar sana tu. :)

Aku tahu , mereka  yang dah professional takkan pandang nye apa yang bakal aku tulis ni. Haha ! Tapi kalau nak baca jugak , terpulang lah. Lagi la aku suka , sebab mereka  dan menghargai penat lelah aku menulis pasal SEO ni..

So kita bermula sekarang.

Apa itu SEO? Mesti korang tertanya - tanya kan.
SEO ialah , SEARCH ENGINE OPTIMIZATION.

SEO ialah satu proses untuk meningkatkan jumlah dan kualiti trafik ( unique visitor ) ke website melalui enjin carian ( google , yahoo ) melalui hasil carian yang natural terhadap sesuatu kata kunci. Kebiasaanya, laman web yang berada di kedudukan teratas untuk sesuatu kata kunci akan mendapat trafik pelawat yang lebih tinggi berbanding laman web di kedudukan terbawah.

Ini bermaksud , lebih baik kedudukan sesuatu laman web didalam enjin carian , maka lebih besar kemungkinan mendapat pelawat.

Dengan teknik SEO juga , sesebuah laman web mampu menarik pelbagai jenis trafik seperti carian imej

So bagaimana kita nak dapatkan trafik pelawat yang tinggi ?
Sebelum kita nak mengunakan kaedah SEO ni , of course la kita perlukan Website kan , ataupun senang cerita BLOGSPOT la. Mula - mula korang kena la MENYEDIAKAN satu website yang MENARIK perhatian visitor. Korang terapkan konsep korang sendiri. Kalau blog tu nak buat bertemakan kucing , cerita je pasal kucing. Letak gambar kucing banyak- banyak , bila orang datang, tengok gambar kucing banyak , terus dia tertarik ngan blog tu. Insya allah hari-hari dia melawat blog anda. Secara tak segaja anda dapat visitor tetap hari-hari.

Pastu , korang mesti membuat satu suasana yang meriah. Website korang tu , biar ada kaler skit.Cuba korang bayangkan , warna gelap dengan warna pelangi mana orang lagi suka?? OF COURSE la warna pelangi kan?? Kesimpulannya blog tu bagi kaler terang yang menarik pembaca. :)




Yang ketiga nya pulak , mempromosikan website @ blog korang dengan apa cara sekalipun. Ok! Kepada sesiapa yang tak tahu , aku paling suka nak promosi blog aku kat GENGBLOGGER. Ni la komuniti paling hangat sekarang ni. Dulu time tak ada GENGBLOGGER , aku nye blog 10 orang je seminggu. Sekarang ni , purata dalam 400-700 seminggu :) ok la tu kan. So cuba la ehh kepada yang masih baru dalam dunia BLOGGER. Ni adalah cara terbaik untuk mempromosikan blog anda :) Secara tak segala dapat menaikkan SEO blog anda.


Nak tahu mengenai SEO secara lebih mendalam ? Ikuti post aku yang seterusnya :)


p/s:-  Sesiapa yang berminat nak buat duit ngan FACEBOOK , leh tinggalkan link blog anda kat ruangan komen . Aku akan beri penerangan bagaimana ianya boleh dapat duit. :D Sharing Is CARING right? :D













---------------

Widgets

----------------

1 comment:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...