سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Friday, March 12, 2010

Dua Artis Berselisih Ajal

PETALING JAYA: Dua anggota kumpulan One Nation Emcees (One) nyaris maut apabila kereta Mazda 3 milik seorang anggota kumpulan itu terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di Lebuh Bandar Utama, Damansara, dekat sini, semalam.

TERBALIK...kereta anggota kumpulan One yang terbabit kemalangan, semalam.

TERBALIK...kereta anggota kumpulan One yang terbabit kemalangan, semalam.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi itu, kereta dipandu Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), 23, terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas dan tergantung di longkang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puah Chai 2, Bandar Utama di sini.
Keadaan itu menyebabkan Mimi dan seorang lagi anggota One, Nur Hasan Baias (Jojoe), 34, terpaksa merangkak keluar untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkannya terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dalam longkang.
Kemalangan persis aksi filem itu, bagaimanapun sukar dipercayai apabila kedua-dua artis berkenaan terselamat dari maut walaupun kereta rosak teruk.

Ketika kejadian, kedua-dua penyanyi dalam perjalanan ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk menghadiri jemputan bagi rancangan terbitan TV3, Malaysia Hari Ini (MHI).
Biarpun kereta dinaiki rosak teruk, namun kedua-dua penyanyi terbabit, Mimi dan Jojoe tidak cedera serius.

Mimi ketika ditemui ketika membuat laporan di Bahagian Trafik, Balai Polis Petaling Jaya di sini, berkata kereta yang dipandunya hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah Proton Satria yang memotong mendadak dari arah kiri.
Menurutnya, kereta terbabit yang dipandu laju dan berbahaya menyebabkan dia terkejut sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Kemalangan berlaku selepas saya menjemput Jojoe di rumahnya di Kelana Jaya untuk menghadiri sesi temubual dan mengadakan persembahan bagi program HMI sempena mempromosikan album sulung kami yang baru dilancarkan minggu lalu.

“Sebaik sampai di hadapan sekolah itu, sebuah kereta yang berada di lorong sebelah kiri jalan tiba-tiba memotong masuk ke kanan menyebabkan kereta saya hilang kawalan ketika cuba elak melanggarnya,” katanya.

Menurutnya, susulan itu keretanya berpusing sebelum melanggar pokok dan terhumban dalam longkang.
“Kami bernasib baik kerana tiada kenderaan lain di belakang ketika kemalangan.
Mimi mendakwa, sebaik keretanya berhenti, Jojoe yang berada di sebelahnya segera keluar dari pintu kiri dan menariknya keluar dari kereta yang terbalik.

Menurutnya, dia yang ketika itu masih dalam keadaan terkejut menghubungi rakan baiknya, Farah Fauzana yang bertugas di konti radio Hot FM di Sri Pentas.
“Farah segera membantu menghantar kami ke Balai Polis Petaling Jaya untuk membuat laporan,” katanya.

Akibat kemalangan itu, kata Mimi, mereka terpaksa membatalkan temubual dengan HMI yang dijadualkan jam 8.30 pagi dan sesi fotografi dengan majalah hiburan pada sebelah petang.
Menurut Mimi, ini pengalaman pertamanya terbabit kemalangan, manakala kereta itu baru dibeli setahun lalu menggunakan wang hasil pendapatan sebagai artis.

Kedua-dua mereka ahli kumpulan One yang dinobatkan juara GangStarz Ke-2 pada 2008.
Selain Mimi dan Jojoe, kumpulan hip hop dari Sabah ini turut dianggotai Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae) dan Mohd Norzaidi Edris (Zydee).




-------------------------------------------------------------


p/s :- Inilah dinamakan ajal maut di tangan tuhan :) Alhamdulillah kedua dua nye selamat.
Reblog this post [with Zemanta]
---------------

Widgets

----------------

3 comments:

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...