سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Monday, April 5, 2010

RAFIQIN DARWISY pesaing ADUKATERUNA.


Salam sejahtera , baru- baru ni kita dikejutkan dengan berita pemergian Abang Din Beramboi yang memberi impak yang besar kepada industri komedi di tanah air ni. Fiq sendiri , sentiasa mengikut perkembangan beliau dari masa ke semasa , dari riuh pagi di era hinggalah ke sawancara bersama Aznil dan Din Beramboi. Semua Fiq dengar. Pemergian beliau amatlah dirasai oleh pelbagai pihak, especially Aznil. Masa dia jadi juri kat Akademi Fantasi hari tu pun , Fiq tengok dia masih bersedih.

Tapi , tak sangka Fiq dibuatnya , ada juga pihak yang tak berpuas hati dengan Din Beramboi ni sehinggakan memaki hamun beliau secara terbuka di laman sosial Facebook. Apa salah arwah sehingga dia sanggup memaki hamun beliau , dan melibatkan sensitiviti agama? Tak paham betul Fiq. Korang tengok dan renungkanlah.


Melihat apa yang dituliskan oleh adik Rafiqin Darwisy ni , membuatkan Fiq mengucap dua tiga kali. Masya allah.

Buat adik Rafiqin Darwisy , isu agama ni kita tak leh buat main-main dik oi. Iya pun awak tu tak de agama ke apa ke, adik tak leh buat macam tu . Lepas ni masuk sekolah agama lagi ye. 

Nak je Fiq tanya kat Rafiqin Darwisy ni ,
" Mana kau belajar kutuk - kutuk orang ni ? " 
Sambil sekeh - sekeh kepala dia... Geram aku dibuatnya.


Lantang sungguh mulut Si Rafiqin ni ha! Memang tak sayang nyawa.


Lebih menyakitkan hati aku ni , dia boleh mengaku dia adalah malaikat yang diupah untuk mengutuk Din. Ya Allah , dik Rafiqin . Kalau ia pun , Allah takde nya nak hantar malaikat turun bumi suh kutuk orang yang dah berada kat sana. Aduish! Cetek pemikiran kau ni. Sah-sah mengutuk tu satu perbuatan yang hina lagi keji. Hisk!


Selepas dibalun lebih 15 ribu ahli Kelab Anti Darwisy , Adik ni pon terus mintak maaf.


Rafiqin Darwisy , Sorry la! Kau dah memburukkan nama ko sendiri. Bukan silap orang lain , melainkan silap kau sendiri. Tak guna ko mintak maaf kat kitaorang, melainkan kau mintak maaf kat keluarga arwah dan bertaubatlah kau Rafiqin Darwisy sebelum terlambat.

Aik , tadi dah insap ! Ni pulak apa kes? Ni kes terlebih tengok Anugerah Bintang Popular Semalam ker?



Tau pun kau! Aku rasa , kalau anak Din baca ni , dia akan cari ko sampai mati . :) Sumbat kau dalam Jail. Puas hati dia.

Dah malas aku nak cerita pasal budak ni . Buat tambah dosa aku je. Moga Rafiqin Darwisy cepat-cepat bertaubat. Mana tau , esok hari kau pulak.. 

p/s:- Baru semalam aku buat post , TIPS UNTUK MENJADI GLAMER , dan hari ni dah ada orang amalkan. Hahaha XD Duish!

                                                                                                                                                         
                                                                                                                                                          

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...