سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Tuesday, April 6, 2010

ENTRI TAK POPULAR

Entri ni memang tak popular hari ni , sebab aku tak tahu nak tulis apa kat blog kesayangan aku ni. Tapi aku tetap ingin mencuba. Hari ni biarlah blog aku menjadi tempat luahan hati dan perasaan. Sesiapa yang tak sudi nak baca tu , aku harap boleh la pergi ke entri - entri aku lain ye. :) Dan kepada yang sudi membaca tu pulak , aku ucapkan ribuan terima kasih ,daun keladi , lain kali datang lagi. Jangan la plak lupa tinggalkan jejak kat sini, sesungguhnya ianya satu kerugian buat diri anda , sebab bila anda tak tinggalkan jejak , secara automaticly aku tak dapat nak melawat blog korang. Itukan dah jadi satu kerugian buat korang semua. 








Sebenarnya , apa yang membuatkan aku betul - betul takde mood nak cari idea nak menulis hari ni disebabkan esok , aku kena gi kerja di hotel tanpa bayaran . Aku harap itulah yang terakhir. Sangat penat woohh.! Aku lebih rela duduk di sini menulis karangan untuk tatapan korang. Atleast ada jugak duit masuk dalam poket aku. Ni tak , aku jadi kuli kat situ , aku jadi staff kat situ. Tapi gaji takde. Haha! Aku hanya mampu gelak. Sebab esok hari last. Weeiii ! Hari last. Pastu aku dah boleh berblogging sampai ke tua :D Miahahaha..




Lagi satu yang menyebabkan masalah kelembapan otak aku ni terjadi malam ni disebabkan , kerana masalah kewangan.. Most of us , ada masalah kewangan. Insyaallah korang semua boleh selesaikan dengan duit kerja korang yang korang dapat setiap bulan , paling teruk pon duit mara dan ptptn yang korang terima. Tapi aku ? Apakan daya? Takde masa untuk bekerja dan dapatkan duit. Sebab sekarang , aku bekerja tanpa duit. Mana duit aku hilang?? Eyyyh! Duit tu aku tak terima lee. Bukannya hilang. Aku tak boros ! Aku bukan macam tu. Aku ni memang jenis tak boros , cuma apabila kuar ngan perempuan aku je , tetiba duit abis. :) Hehe! Belanja mesti la kena lan. Takkan nak suruh dia plak belanja. Nasib baik la , perempuan aku ni baik hati. Kalau aku takde duit , dia toloong aku , macam tu jugak sebalik nya. Sayang kau , perempuan. 





Semalam ceti halal pulak call aku. Namanya Cik Wimax. :) Dia ajak berborak ngan aku, tapi aku kata , aku tersangat sebok , sila sampaikan kata-kata tersirat anda dengan cepat dan pantas , supaya saya dapat melakukan kerja saya yang sudah bertimbun-timbun ni. Tapi kalau Cik Wimax sanggup nak menolong saya ,beresin semua kerja saya , saya rela berborak ngan Cik Wimax.Cik Wimax , terus sampaikan kata-kata cinta dia kepada aku. " Abang , saya rindu abang la! Meh la datang pejabat , i nak jumpa you ni " Opss! Tak , dia tak cakap macam ni kat aku. Kalau dia cakap macam ni kat aku , sumpah aku bahagia. Tapi apakan daya , kata-kata tersirat dia tu , boleh membuatkan aku  " Mati Hidup Semula , dan Mati lagi ". Masyaallah. Korang nak tahu , Bill tertunggak aku dah cecah RM 800++. What thee......






Sebelum korang , menganggap aku ni , kaki hutang , biarlah aku memperjelaskan dahulu. Sebenarnya bill tertunggak tu , bukan salah aku! Dulu , aku ada register Wimax untuk budak rumah. Yes! Budak rumah. Everymonth RM200. So dah 4 bulan tangguh. Dorang mula bertangguh , semenjak aku keluar dari rumah sewa kat Shah Alam tu la dorang start menangguhkan pembayaran. Akhirnya , aku yang menjadi mangsa. Terpaksa lah aku mengadaikan diri kepada Cik Wimax dan dia menyukainya. Wink~ ( Nasib baik , suara operator tu cute je )







Tak sudah dengan cerita tu , Cik UMobile plak call. Hehe! Kali ni memang salah aku. Dulu aku pernah register ngan operator ni . Itu pun kena kelentong. Salesman tu cakap ngan aku , kalau aku register no UMobile , aku dapat guna RM50 percuma. Then kalau nak terminate , terpulang kat aku. So aku register la kan , sebab no nya lawa. Tak cukup satu , aku registerkan no perempuan aku sekali. :) Tamak sungguh aku ni. :) Pastu , akhirnya beginilah. Cik UMobile pon terus terusan menelefon aku . Aku selalu tak angkat , sebab aku ni memang jarang main handphone sekarang ni, perempuan aku sebok belajar la katakan. So nak dijadikan cerita , tetiba tadi aku terangkat panggilan  dr Cik Umobile tu.


Cik :- Assalammualaikum , ni En Muhammad Shafiq Hashim ke?

Aku :- W'slm . Ye saya? 

Cik :- Saya ( nama ) dari UMOBILE SDN BHD  ni. 

Aku :- Oh yeke? ( buat - buat tak tahu )

Cik :- En ni duduk di Kuchai Lama kan?

Aku :- Yes I Am.

Cik :- Ok adik Shafiq , ni akak nak beritahu. Dah lama akak contact adik tapi tak dapat kenapa ya?

Aku :- Sorry la kak , saya kerja.

Cik :- Oh ni mesti mak bagitahu la ni ya? ( dia pernah call mak aku lagi  , siot je )

Aku :- Ye kak! Ni pasal kes hutang saya RM 70 tu ker? ( buat-buat lupa total sebenar )

Cik :- Ehh tak dik , jumlah semua RM260. Akak dah lama mengikuti perkembangan ngan kes adik ni. 

Aku :- ( Garuk kepala , sambil korek hidung )

Cik :- Akak nak bagitahu adik ni , adik kena bayar total keseluruhan ni dik. Kalau tak leh kes ni leh hantar kat Sisco.

Aku :- ( SISCO? APA TU )

Cik :- Disebabkan jumlah yang kecil , kes ni tak bawak masuk ke makamah. Diorang hantar kat SISCO.

Aku :- ( APA SISCO TU????? )

Cik :- Akak harap adik dapat bayar la ye. Umur adik muda lagi . Akak takmo tengok adik kena blacklist la sayang.

Aku :- ( SAYANG???? )

Aku :- Ok kak , nanti saya bayar ye sebelum akhir bulan ni. Terima kasih eh kak.

Cik :- Jangan Lupa eh dik. Terima Kasih. Assalammualaikum

Aku :- Waalaikummusalam.

END.

Kesimpulannya KAKAK CIK UMOBILE tu SAYANG kat aku dan MENAMBAH HUTANG AKU SEBANYAK RM 260.

 AGAK-AGAK AKAK UMOBILE ADA CIRI-CIRI DI ATAS TAK??




Ok! Banyak tu. Siapa nak tolong aku? Mesti takda. Sebab pepatah kita pernah mengatakan , " Tak Ada Sesiapa Dalam Dunia ni Dapat Menolong Kita , Melainkan Diri Kita Sendiri  ". Tapi aku pun jadi tak pasti , sebab selalu nya kalau aku ada masalah , PARENTS aku jugak yang tolong. Wei mak dan bapak aku baik . Mak korang?? Hehehe :) Mesti baik jugakkan? Semua parents sayangkan anak.Betul x? Huhu :D



SEKIAN TERIMA KASIH.
YANG IKLAS MENERIMA.
SHAFIQ HASHIM



Ok sudah !
Aku tamo taip lagi. Esok aku ada " Food Testing ". Aku harap , geng blogger dapat doakan kejayaan aku esok :) Amin.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...