سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Saturday, May 15, 2010

Jangan Menderhaka !! DENGAR CAKAP !!

 

Hye selamat malam semua. As we all know , hari guru dah dekat. :) Dulu masa aku sekolah , setiap kali tibanya hari guru , aku takkan lupa nak beri hadiah kat cikgu kesayangan aku. :) HAHA!~ siapa cikgu kesayangan aku eeyhh?? Of course la cikgu Shareeza, iaitu cikgu sains ketika sekolah menengah. Entah kenapa , aku rasa syok gila kalau dia mengajar, walaupun beliau garang pada saat tertentu. Mungkin disebabkan umur yang tidak jauh memisahkan ,menjadi punca kami iaitu student nya amat rapat ngan dia. Lagi-lagi lelaki. :) * selalu bagi pen ngan chawan je. haha

 


 

Apa-apapun cikgu kat sekolah dulu banyak melukis dan melakar siapa diri aku sekarang. Tanpa cikgu matematik , mungkin aku tak reti nak masuk dari gear satu ke gear dua kereta. Tanpa cikgu Agama iaitu Ustad Lofti , mungkin aku dah jadi penjenayah ataupun pembunuh pada ketika ini. Tanpa cikgu Bahasa Melayu pula , mungkin aku tidak dapat mencoret kata-kata dalam bahasa melayu, dan berkemungkinan tanpa cikgu2 korang, korang tak reti nak baca apa yang sedang aku catat kan disini .

 

Teachers Day Malaysia

 

Jangan kita lupa , ibu – bapa kita juga guru yang bertanggunjawab mengajar kita dari kecil hingga dewasa. Jangan lah kita lupakan. Asyik ingat cikgu kat sekolah , cikgu di rumah dilupakan. Eih!~ Mak ngan atok ajar aku ngaji tau . Dikira guru juga la kan. Bukan tu aja, dia ajar kita cara nak makan , ajar kita jadi sopan. Bertuahnya aku ada guru yang tak pernah malas , tak pernah curi tulang dalam mengajar aku. Malahan , lebih membuat aku terharu, mak bapak aku tak pernah mintak gaji dari aku tau. Aku sangat terharu. Aku pasti mak bapak korang  pun macam tu.

 

Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita, maka kita jangan lah mengkhianati mereka. Taati lah mereka sementara mereka masih ada, dan berbakti lah dengan mereka selagi boleh. :)

Ibu dan bapaku adalah GURU yang terbaik >______<”!

Terima Kasih En Hashim Bin Othman dan Pn Norsiah Bte Hambali.

Video : Tak Puas !! Jom Lihat Dan Hayati!~

---------------

Widgets

----------------

3 comments:

  1. setuju, ibu bapa adalah guru yang pertama dalam hidup kita ;)

    ReplyDelete
  2. hahahak , ni kompem kau byk buat salah dulu ni ,tu yang puji melangit kat cikgu2 , dgn harapan diorg baca pastu maafkan kau , hahahk .

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...