سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Monday, May 24, 2010

Kita Mahluk Tuhan!

“ Orang kata, kalau berzaman pun teguh ikatan sesebuah hubungan , kadang-kadang kalau tiada jodoh , terlerai juga akhirnya ”

 

Kadang-kadang, tuhan tu sayang kita. Dia pisahkan kita daripada seseorang untuk memberi kita peluang menemui insan yang lebih baik dan lebih bermakna untuk diri kita. :)

Allah s.w.t tak zalim terhadap umatnya, malahan dia menyayangi kita seadaanya. Kita je tak sedar. Sepatutnya, cinta yang sepatutnya kita berikan kepada Nya, kita berikan kepada orang lain, dan di masa yang sama kita melupakannya iaitu cinta sejati kita.

Walaupun , aku sekarang keseorangan, tapi tidak apa lah , aku tahu Allah swt sentiasa berada di sisi ketika aku dalam kesusasahan. Dia tak pernah lari ketika aku memohon pertolongan , jika hendak dibandingkan dengan manusia , di mana ketika kita bergembira , dia hadir. Di dalam kita duka, nak nampak muka pun susah.

Firman Allah s.w.t.:


“Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengangkat tandingan tandingan selain Allah, mereka mencintaiNya sebagaimana mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165)

"Barang siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, membenci kerana Allah, membela Kerana Allah, memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan Allah itu diperolehnya dengan hal-hal tersebut, dan seorang hamba tidak akan dapat menemukan lazatnya iman, meskipun banyak melakukan sholat dan puasa, sehingga ia bersikap demikian. pada umumnya persahabatan yang dijalin di antara manusia dibangun atas dasar kepentingan dunia, dan itu tidak berguna sedikitpun baginya"

 

Selepas aku terbaca kat atas ni , baru aku tahu macam mana nak mencintai Allah Swt. Bukannya setakat cukupkan solat 5 waktu dan puasa, tetapi mencintai nya dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Ya Allah. Berkatilah Hidupku ini.

Amin Ya Rabbalalamin

---------------

Widgets

----------------

2 comments:

  1. fiq keseorangan?
    jangan cakap camtu.
    sbenanye fiq x keseorangan pun.
    cume fiq x sedar ade orang yg sentiasa temankan fiq =)

    ReplyDelete
  2. amat mendalam kata2 dari tuan rumah,adakah baru saja putus ....hehhe

    ReplyDelete

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...