سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي

Thursday, November 19, 2009

Bulan Kelahiran ISLAM

18 JULAI 1990


Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 24 Zulhijjah 1410 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu.

Maksud : Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Sifat : Jika anda jahat, anda akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, anda akan menjadi terlalu baik. Anda sering mendapat padah hasil dari perbuatan sendiri. Anda sukar mengawal perasaan, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana anda tidak dapat memberikan garis pemisah, anda sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatan anda itu. Anda seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.



29 OGOS 1990

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 7 Saffar 1411 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu.

Maksud : Perkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Sifat : Mempunyai tabiat yang buruk. Anda tidak suka mengakui kesalahan. Ibu bapa perlu mendidik anda bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupan anda akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya anda melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya perkara yang dilakukan itu akan mendatangkan hasil.





Ya Tuhanku, lapangkanlah urusanku dan hilangkanlah kekakuan lidahku agar mereka mengerti perkataanku.

Agar kami dapat bertasbih kepada Engkau, dan banyak mengingat Engkau, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui (keadaan kami)





Jika ada keluar sebarang iklan NUFFNANG kat bawah ni ,tolong klik ok :) I will click URS back.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan penuh hemah ya ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...